Perutusan sempena Maulidur Rasul SAW oleh Presiden PAS…

Februari 25, 2010 - Leave a Response

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat – Presiden PAS

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Baca baki entri ini »

Salam Pengenalan

Mei 24, 2007 - Satu Respons

Assalamualaikum w.w dan Salam Perjuangan,

Blog adalah suatu ruang yang amat mudah untuk kita sertai. Ianya boleh dijadikan tempat untuk kita menumpahkan segala ilham yang tercakna dalam kota pikiran kita, disamping itu ia boleh dijadikan suatu media bagi catatan diari harian. Tidak kurang juga kalangan kita yang menjadikan Blog ini sebagai arkib memori untuk kita hayati detik-detik massa dan memoir disekitar kehidupan kita.

Laman Direktori Blogger ini pula, telah diwujudkan khusus bagi mengumpulkan senarai Bloggers rakyat Malaysia yang aktif di alam siber ini.

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari tanpa mengira bangsa dan agama, asal sahaja anda orang Malaysia untuk menyertai DIREKTORI ini.

Untuk menyertai DIREKTORI BLOGGER ini, anda hanya perlu pergi ke pages kategori huruf (ABC) yang anda ingin masuki dan isikan form ‘leave reply’ di bawah muka surat berkenaan dengan menyertakan;

  • Nama (Sebenar/Samaran) :
  • Email :
  • Nama Blog Untuk di papar :
  • Alamat URL Blog :
  • Deskripsi Kandungan @ Tags untuk blog anda :

Contoh 1 :

Nama : Herman Samsudeen
Email : hermansamsudeen@gmail.com
Nama Blog : HermanSamsudeen
Alamat URL : http://syukran.wordpress.com
Tags : Politik & Isu Semasa

Contoh 2 :

Nama : Rudin X
Email : @gmail.com
Nama Blog : Boneka Penyu dan SPR
Alamat URL : http://mimpiboneka.blogspot.com/
Tags : ekonomi, sembang, diari

Contoh 3 :

Nama : Ruhanie Ahmad
Email : @gmail.com
Nama Blog & Url :

  1. Gerbang Ruhanie – http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
  2. Global Partner – http://www.globalpartner.blogspot.com/
  3. Maya Putera – http://www.mayaputera.blogspot.com/

Tags : ekonomi, sembang, diari, politik

PERINGATAN : Anda WAJIB menyertakan email untuk memasuki senarai BLOGGERS ini, setiap penyertaan akan dimasukkan dalam mailinglist / yahoogroups bagi memudahkan penyaluran maklumat dan makluman penting.

Sebarang Pertanyaan dan Cadangan Anda Bolehlah menghantarkan email kepada ; pemudawilayah@gmail.com atau lawati Blog Kami di ; http://dppwp.wordpress.com.

Sekian. Selamat Menyertai Kami!

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan